Projek Fast Track - Verandah Tiling

Dalin kata nak pasang tiles dkt verandah dan wet kitchen .... ok maam !!

Details mcm mana nak pasang tiles dari mula sampai siap boleh rujuk post yg satu lagi - Projek No 1, Tandas Tiling & Accesories

Untuk verandah, heavy duty porcelain tiles beli dari Super Ceramic Kota Damansara. Tiles 30x30cm harga RM2.15/pcs x 36 pcs = 77.4. Itulah sahaja kos sebab lain lain dah ada.

Mula mula susun tiles untuk check tepi square atau tidak. Kalau tak square, cari tempat yg square dan mula dari situ.... kalau takde jugak yg square, byk lah kerja memotong nanti. Gambar masa susun ni takde.....maaf lah.


Baru nak start, hari nak hujan pulak. Nasib baik sekejap tapi tergendala 2 jam tunggu lantai kering


Bermulalah kerja tiling. Kali ni nasib baik sebab dinding sliding door dan dinding putih square, boleh lah mula dari situ. Lantai pun rata jadi mortar jimat sikit. Hari pertama mula jam 2.



Ini hari kedua. Terpaksa berenti sebab tiles tak cukup 2 keping. Rasanya beli 36 pcs tapi tgk tgk 34 pcs. Lagi satu kali pegi Super Ceramics beli lagi 2.

Hari ketiga lepas Super Ceramic, terus sambung kerja..
Maka siaplah mcm gambar bwh. Untuk verandah ni, kalau tak hujan atau tiles cukup, dalam satu hari boleh siap.


Ini gambar masa hujan lebat.... takde air bertakung...kira berjaya lah projek verandah ni


Projek seterusnya tiling wet kitchen .... sabor. Harap harap anda semua bersemangatlah nak buat tiling sendiri. Ini kalau upah 2-300 ringgit ni
Projek Fast Track - Verandah Tiling Projek Fast Track - Verandah Tiling Reviewed by Unknown on 06:43 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.