Dapur Basah ...

Kali ni saya details sikit

Keadaan asal dapur basah selepas cuci. 





Langkah 1

Selidik layout cari tempat paling rendah dan paling tinggi. 
Secara logiknya tempat paling rendah drain point la...itu hitam bekas waterproofing



dan paling tinggi dkt dgn pintu (gambar bawah). Akan ada masalah ni sebab lantai dapur basah dgn dapur kering tak cukup tinggi. Tak kena gaya tak leh buka/tutup pintu ni.




Langkah 2

Square the lines...tgk gambar bwh. Boleh nampak dinding sebelah condong sampai 2 inch beza. Ni byk mortar nak pakai nanti nak ratakan yg 2 inch tu.

Tujuan square the lines ni supaya dinding menegak cantik, nanti potong tiles pun senang. Bab memotong kali ni saya byk pakai tiles cutter, bukan grinder lagi - tak larat habuk.




Langkah 3

Kerja tembak dinding. Barang nak buat kerja pun dah ada ...



Langkah 4 dan seterusnya....

Bancuh simen dan menampal




Bancuhan pertama dapur basah



Setengah hari punya kerja dapat tampal 10 keping. Ada kerja lain nak buat. Masa menampal ada jiran datang, so satu sengget sebab tak sempat nak align. Saya biarkan saja sebab ada cerita kenapa dia sengget.


Kita kira brapa byk consumables pakai. Saya akan tulis apa yg pakai setiap minggu..

Day 1 (02 Jan 2017)
Simen Gam - 1 (buka baru)
Portland - 1 (balance yg lepas, ada lebih dr separuh - maybe 75% full)
Susu/Latex - (balance tapi sikit je)

Progress - 10 pcs. Jam bekerja 4 jam.

Day 2 (6 Jan)
Simen gam - habis. Besok bukak bag baru
Portland - masih ada balance
Susu/Latex - habis. Besok bukak baru

Progress 30 pcs. 28 pcs 6 jam. Lagi 2 pcs yg renggang tu 2 jam. Byk pakai simen
Tiles beli di Super Ceramic. Malangnya tiles tepi tak rata......gred B, C ke apa entah.
 Patutla jual murah tapi salesman tu kata tiles sama cuma jual murah sebab basah..... 





Yang ini mmg parah ni ....

Day 3 & 4 (7 & 8 Jan)

Simen gam - grey simpan suku utk lantai. Pakai balance kaler putih beli utk mosaic tandas. Puntinggal suku... kira habis la 25kg simen gam.

Susu/Latex - bukak baru tinggal suku

progress 37 pcs 2 hari. 1.5 hari dok tampal dinding sengget. ..3 jam dinding rata dlm 16 pcs.




Dinding separuh tu sengget sampai 2 inch..mc mcm sampah sumbat nak isi void. Kalau tak berkilo kilo la simen pakai

....sambung minggu depan
Dapur Basah ... Dapur Basah ... Reviewed by Unknown on 01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.